BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

i. Tamadun Hwang Ho

HTML clipboard Tamadun Hwang Ho.

 

       Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.

       Orang China percaya mengenai konsep mandat dari syurga.Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa.Sistem feudal diamalkan semasa pemerintahan Dinasti Chou.Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama.Tanaman utmanya ialah gandum , milet , sekoi , barli dan padi.Ternakannya ialah khinzir , kambing dan anjing.Kulit siput digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tempatan.Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan tembikar , barangan ukiran daripada kayu , gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu.

        Masyarakat China percaya bahawa tuhan menguasai semua aspek kehidupan manusia.Mereka memuja tuhan alam seperi Tuhan Angin , Tuhan Bulan dan Tuhan Matahari.Orang Shang juga mengamalkan pemujaan nenek moyang.Tulang nujum digunakan untuk mendapatkan pertolongan daripada nenek moyang.Bentuk tulisan tamadun ini dipanggil ideogram.Setiap gambar melambangkan satu perkataan.Terdapat lebih kurang 3000 simbol yang kekal selama 3500 tahun.kemajuan sains dan teknologi zaman Shang ialah :

Penggunaan gangsa dalam pembuatan senjata dan alat-alat pertanian
Membuat alat-alat tembikar dan jed
Menghasilkan sutera
Memperkenalkan sistem kalendar dan perpuluhan
Kemajuan pada Zaman Chou termasuk :
Membuat wang daripada logam
Menerbitkan buku
Memperkenalkan alat tulisan
      Perkembangan kesenian tamadun ini dapat dikesan menerusi bidang ukir.
Mereka mengukir patung daripada gangsa untuk upacara keagamaan.Kesusasteraan berkembang pesat semasa Dinasti Chou dan karya-karya utamanya ialah :
 

Buku Perubahan (The Book of Changes) yang berkaitan dengan ilmu ketuhanan.
Buku Upacara ( The Book of Rites) berkaitan dengan tatacara istiadat dan tanggungjawab orang dewasa.
Buku Sejarah ( The Book of History) merupakan koleksi dokumen rasmi , proklamasi dan ucapan
Buku Puisi ( The Book of Poetry) merupakan antologi 300 sajak.
Ciri-ciri.

Lokasi
· Wujud disekitar lembah Hwang Ho


Bandar
· Anyang ialah salah sebuah Bandar yang tertua
· Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
· Tembok didirikan untuk menghalang pencerobohan musuh


Organisasi Sosial
. Raja
. Bangsawan, Pegawai Kerajaan, Pembesar
. rakyat Bebas (petani, artisan, pedagang)
. Hamba


Pengkhususan kerja
· Wujud pengkhususan pekerjaan dalam kalangan masyarakat Cina
· Wujud golongan petani, artisan dan sebagainya


Sistem Pemerintahan
· Sistem pemerintahan berasaskan dinasti dan pemerintahan beraja
· Raja dipercayai mendapat mandat daripada tuhan untuk memerintah


Kepercayaan
· Masyarakat Cina mengamalkan kepercayaan politisme dan animisme


Tulisan
· Sistem tulisan orang Cina dipanggil Ideogram


Sumbangan
· Mengamalkan sistem pemerintahan monarki dan berpegang pada konsep anak syurga mandat tuhan
· Membina sistem pengairan untuk kegiatan pertanian
· Mencipta alat pertanian daripada besi
· Mencipta sistem tulisan yang berkembang sehingga kini
· Memuja roh nenek moyang dan berpegang pada konsep Yin & Yang serta Feng Shui
· Falsafah Sun Tzu diwarisi sehingga kini