BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Makna Tamadun


Bahasa Arab:
- Berasal dari perkataan Arab; Mudun dan Madani
- Tamadun juga dikaitkan dengan perkataan Arab, Madana (tinggi budi bahasa
@ pembukaan bandar)

Bahasa Inggeris:
- Tamadun dipanggil Civilization
- Civilization berasal dari perkataan Greek; Civitas (bandar)

Pandangan Orang Barat:
- Kaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah iaitu hal-hal kebudayaan
(penulisan, kesenian, undang- undang, pembandaran)
- Gordan Childe (sarjana Barat); pencapaian lahiriah menjadi penentu
kemajuan tamadun sesebuah msyk
- Darcy Riberio & R.A. Buchanan menekankan kepentingan dan pembangunan
lahiriah dalam proses perkembangan tamadun

Pandangan Islam
- Tamadun meliputi perkembangan lahiriah dan rohaniah (unsur penting utk ukur tahap ketamadunan sebuah msyk
- Menurut Syed Naquib Al-Attas, tamadun merupakan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah msyk.
- Pandangan Syed disokong oleh Richard Sullivan bahawa unsur rohaniah sgt penting dlm konsep tamadun

Rumusan
- Tamadun diertikan sebagai peradaban
- Konsep tamadun pentingkan pencapaian lahiriah (pembinaan kota & kesenian)
- Tamadun mengutamakan pencapaian berbentuk rohaniah, moral dan tatasusila