Tamadun Mesir
Purba
Zaman Purba Mesir merujuk kepada
kebudayaan di Hulu
Lembah Nil menganjur dari
ke selatan sehingga
Jebel Barkal,
Napata
[1], keutara sehingga
Laut Mediterranean,
walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya antara sekitar
3200 SM dan
332 SM, dengan penaklukan
oleh
Alexander the Great.
Sebagai kebudayaan yang berasaskan
pengairan ia merupakan
contoh jelas (quintessential example)
empayar hidrolik.
Geografi
Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di
Afrika Utara, walaupun
Semenanjung Sinai adalah
dalam
Asia Barat daya. Negara
ini mempunyai persisiran pantai
Laut Mediterranean dan
Laut Merah; ia
bersempadan dengan
Libya di barat,
Sudan di selatan, dan
Semenanjung Gaza,
Palestin dan
Israel ke timur. Mesir
Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai
Mesir Hulu dan
Hilir. Berlainan dengan
kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower
Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil.
Sungai Nil mengalir ke
utara dari titik selatan ke
Mediterranean bukannya
kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan
penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir
semenjak kebudayaan
Naqada dan
Zaman Batu.
Kedua kerajaan membentuk Kemet ("tanah hitam"),
nama bagi tanah hitam yang dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali
sebagai Deshret ("tanah merah"), menurut Herodotus: "Mesir merupakan
negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa Libya mempunyai tanah lebih merah."
(Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut menyatakan "Colchians adalah penduduk
Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka berkulit hitam dan mempunyai rambut
kerinting (wooly hair)." (Histories Book 2:104), dan Champollion yang
lebih muda (yang mendikripsi
Batu Rosetta) dalam
Expressions et Termes Particuliers (Expression of Particular Terms) mendakwa
bahawa Kemet sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro
dalam ertikata "Negara Hitam - (Black Nation)".
Sejarah
Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan
mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai
Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah
Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa
yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran
Somalia, Punt sekarang
ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan
Sudan atau
Eritrea.
Sejarah Mesir purba
sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu
ketika sekitar
3000 SM, walaupun bukti
arkeologi menunjukkan
bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.
Sepanjang
Sungai Nil, pada
milenium ke-10 SM,
kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah
digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu
yang menggunakan
peralatan batu. Bukti
turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan
Sudan, sebelum
8000 SM. Pertukaran cuaca
dan/atau terlebih ragut sekitar
8000 SM mula mengeringkan
padang ragut di
Mesir, yang akhirnya
mendorong kepada pembentukan
Sahara (2500
SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya
terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi
pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. Terdapat bukti ternakan
dan penanaman bijirin di Timur
Sahara pada
milenium ke-7 SM.
Sehingga
6000 SM penduduk Mesir
purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan
besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang
4000 SM.
Tempoh Pradinasti Mesir
berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh
kebudayaan
Naqada. Sesetengah pakar
bagaimanapun memulakan
Predinasti Mesir lebih
awal, di
Paleolithik Bawah (lihat
Pradinasti Mesir).
Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar
3000 SM.
Kronologi Mesir termasuk
menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini.
Kronologi Mesir biasa
adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak termasuk cadangan
rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil kerja yang sama,
seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin atau
beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya
terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana
pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.
- Senarai firaun -- Firaun telah wujud semenjak sebelum 3000 SM sehingga sekitar 30 SM.
- Dinasti (lihat juga:
Daftar dinasti Mesir):
- Tempoh Dinasti Awal Mesir (Early Dynastic Period of Egypt) (Dinasti 1 - ke 2; sehingga sekitar abad ke-27 SM)
- Kerajaan Lama (Old Kingdom) (Dinasti ke-3 - ke-6; abad ke-7 - ke-22 SM)
- Tempoh Perantaraan Pertama (First Intermediate Period) (abad ke-7 - ke-11 SM)
- Kerajaan Pertengahan Mesir (Middle Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-11 - ke-14; abad ke-20 - ke-17 SM)
-
Tempoh Perantaraan Kedua (Second
Intermediate Period (Dinasti ke-14
- ke-17)
- Hyksos (Dinasti ke-15 - ke-16)
- Kerajaan Baru Mesir (New Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-18 - ke-20; abad ke-16 - ke-11 SM)
- Tempoh Perantaraan Ketiga (Third Intermediate Period (Dinasti ke-21 - ke-25; abad ke-11 - ke-7 SM)
- Tempoh Akhir Mesir Silam (Late Period of Ancient Egypt) (Dinasti ke-26 - ke-31; Abad ke-7 SM - 332 SM)
- Mesir Yunani-Rom (Graeco-Roman) (332 SM - 639)
Kerajaan
Nomes merupakan separa
kebangsaan division pentadbir
Mesir Atas dan Bawah (Upper and Lower Egypt).
Firaun merupakan
pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai struktur negara Mesir silam.
Firaun bertindak sebagai
raja, pemimpin kerohanian
dan
panglima besar bagi
kedua-dia
tentera dan
tentera laut.
Firaun dianggap dewa,
hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah
kerajaan, adalah 2
wazir (satu bagi
Mesir Atas dan satu lagi
bagi
Mesir Bawah) dan pelbagai
pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah
paderi besar dan pelbagai
paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki
sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.
[2]
Bahasa
Mesir silam bertutur
bahasa Afro-Asiatik
berkait dengan bahasa
Chadic,
Berber dan
Semitik. Rekod
bahasa Mesir silam telah
ditarikh sekitar
3200 SM. Para sarjana
meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:
- Mesir Silam (Archaic Egyptian) (sebelum 2600 SM)
- Mesir Lama (Old Egyptian) (2600–2000 SM)
- Mesir Tengah (Middle Egyptian) (2000–1300 SM)
- Mesir Akhir (Late Egyptian) (1300–700 SM)
- Mesir Demotik (Demotic Egyptian) (abad ke-7 SM–abad ke-4)
- Bahasa Coptik (Coptic language) (abad ke-3–abad ke-12)
Penulisan
Pengkaji Mesir Purba (Egyptologis) merujuk
kepada tulisan Mesir sebagai
hieroglif, bersama
dengan
skrip baji (cuneiform script)
Mesopotamia ranking
sebagai
sistem penulisan tertua
di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya
syllabik, sebahagiannya
ideografik.
Hieratic adalah
bentuk hieroglif Mesir bersambung (cursive) yang pertama sekali digunakan
semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah
Demotik dari sudut
Mesir, Ia itu, "asal - indigenous" dari sudut pandangan
Hellenistik, berubah
menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam
Akhir (Late Ancient Egyptian) daripada
Nubian
dinasti ke-25 sehingga ia
dipinggirkan oleh Greek
Koine pada awal abad AD.
Selepas penaklukan oleh
Umar ibn al-Khattab,
bahasa Coptic kekal
sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keugamaan (liturgical) oleh
minoriti
Kristian.
Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar
abad ke-4, dan mulai
dijumpai kembali semenjak
abad ke-15 (lihat
Hieroglfika).
Abjad terawal juga
dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari hieroplyphik sylabik (sylla
Tulisan
- kk. 1999 SM - Papyrus Westcar
- kk. 1800 SM Cerita Sinuhe
- kk. 1800 SM - Papyrus Ipuwer
- kk. 1800 SM - Papyrus Harris I
- kk. 1000 SM Cerita Wenamun